Bacaan Data Ekonomi Yang Lebih Baik Dari Jangkaan, Tingkatkan Dagangan Euro Dan Pound

392

Dolar euro kembali mempamerkan peningkatan berbanding USD pada dagangan sesi Eropah, disokong oleh bacaan jualan runcit Jerman bagi bulan November yang kembali melonjak kepada 2.1% berbanding penurunan sebanyak 1.3% pada Oktober. Ini menjadikannya sebagai peningkatan terbesar bulanan dalam peruncitan sejak kenaikan 3.2% pada Januari 2018.

Pound sterling juga mula meraih peningkatan berbanding USD, dibantu oleh bacaan akhir data PMI perkhidmatan UK sebanyak 50.0 yang lebih baik daripada dijangkakan pada 49.1. Pada minggu ini, ahli parlimen UK dijangka kembali untuk membahaskan perjanjian pengeluaran Brexit.

US dolar diniagakan negatif pada pasaran sesi Eropah berbanding enam matawang utama lain sementara dagangan safe-haven pula terus menerima permintaan setakat sesi Eropah didorong oleh kebimbangan terhadap ketegangan AS-Iran yang mungkin berlarutan atau bertambah buruk.
Dalam perkembangan terbaru ketegangan AS-Iran, Menteri Luar Jerman, Heiko Maas memberitahu bahawa Jerman, Perancis dan UK akan berbincang dan bertindak balas terhadap tindakan Iran yang enggan mematuhi sekatan dikenakan dalam perjanjian nuklear 2015 ekoran pertikaiannya dengan Amerika Syarikat.

Maas turut menyatakan tindakan Iran itu boleh menjadi punca kepada berakhirnya perjanjian tersebut bersama enam negara utama lain termasuk Rusia dan China.

Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat nyata turut menjejaskan negara-negara lain memandangkan masing-masing juga terikat dengan hubungan diplomatik.

Safe-haven yen melonjak ke paras tertinggi tiga bulan berbanding dolar USD ketika sesi Asia manakala logam kuning pula diniagakan menghampiri paras ketinggian tujuh tahun. Matawang Swiss Franc turut meraih manfaat dengan didagangkan meningkat berbanding US dolar.

Laporan mengenai delegasi perdagangan China akan ke Washington pada 13 Januari ini dilihat sedikit mengangkat matawang sensitif perdagangan iaitu dolar Aussie dan New Zealand untuk meningkat berbanding USD pada awal sesi Eropah.

Sementara itu, dagangan loonie stabil disokong oleh harga minyak yang tinggi berikutan kekhuatiran terhadap ketegangan AS-Iran mungkin menjejaskan bekalan minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat