Bagaimana Cukai SST Memberi Impak Kepada Pendapatan dan Perbelanjaan Rakyat

3,291

Kita telah melihat penurunan harga barang selepas cukai GST ditetapkan pada kadar sifar. Kerajaan telah mengumumkan cukai SST (cukai jualan) sebagai pengganti GST bermula pada 1 September dan dijangka harga barang akan jatuh secara umumnya. Namun, akan ada peningkatan harga untuk beberapa item barangan termasuk caj perkhidmatan yang diberikan.

Yong Min Jie seorang konsultan di firma pengurusan cukai berkata cukai jualan adalah berdasarkan kos pembuatan dan kos import barangan dan jika cukai itu berdasarkan kadar sebelum ini iaitu 10%, harga barangan akan turun.

“Ini adalah baik kepada pengguna tidak seperti cukai GST yang menyebabkan kenaikan harga barang,” tambah Yong.

Tambahnya, kos untuk implementasi cukai SST tidaklah sebesar cukai GST yang banyak melibatkan kos naik-taraf sistem. Yong berkata, SST dijangka akan membawa RM30 billion kepada pendapatan kerajaan.

Seorang lagi pakar percukaian Anthony Dass iaitu ketua penganalisis ekonomi di Ambank Group berkata akan terdapat kesan positif dan negatif oleh cukai SST. “Kita boleh jangka harga kereta akan naik dan lebih tinggi daripada cukai GST dalam 2% hingga ke 3%.

“Bagi barangan pengguna seperti makanan dan minuman, kita boleh jangka harga akan turun sekitar 3% selepas penjimatan kos input. Manakala harga hartanah contohnya perumahan baru dijangka mengalami penurunan harga kerana penjimatan kos input.

“Secara keseluruhan, SST dijangka akan menghasilkan pendapatan boleh guna yang lebih banyak iaitu rakyat mempunyai pendapatan lebih untuk dibelanjakan dan dijangka akan melonjakkan perbelanjaan pengguna dan juga aktiviti perniagaan.”

Kata beliau amaun yang boleh dikumpul oleh kerajaan melalui GST adalah RM44 billion. Dengan andaian tiada GST selepas ini, SST akan memberikan kerajaan pendapatan sebanyak RM28 billion.

Seorang lagi pakar percukaian dari Universiti Sunway, Yeah Kim Leng berkata, pendapatan bolah guna pengguna akan meningkat.

“Keseluruhannya, beban cukai dianggarkan akan berkurang dalam RM10 – RM15 billion. Amaun ini adalah peningkatan kepada pendapatan boleh guna kepada pengguna atau rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat