Bahaya! Emas Berada Di Zon Kritikal

612

Harga emas terus berundur lebih rendah apabila US dolar mengumpul kekuatan untuk meningkat menjelang keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Terdahulu pada sesi New York, logam kuning menyusut bawah paras $1,930 sebelum sedikit meningkat untuk didagangkan stabil pada sekitar harga $1,937 per auns pada sesi Asia.

US dolar kembali memaparkan sedikit pengukuhan pada sesi terdahulu selepas data perumahan Amerika Syarikat tanpa dijangka menunjukkan bacaan lebih kukuh.

Walaupun ia bukan data berimpak tinggi, tetapi greenback memberi reaksi kepada data tersebut selain turut disokong sentimen pasaran yang suram selepas bank pusat China menurunkan kadar faedahnya.

Pelabur kini menantikan keterangan Pengerusi Fed Jerome Powell mengenai laporan dasar monetari separuh tahunannya di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Rakyat.

Sebarang kenyataan atau petunjuk mengenai dasar seterusnya boleh mempengaruhi dagangan emas.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat