Bandar Pelabuhan Kherson Telah Ditawan Sepenuhnya – Menteri Pertahanan Rusia

722

Sentimen pasaran berisiko sebelum ini dinilai sedikit reda pada sesi New York semalam dengan dagangan US dolar juga turut surut semula selepas keuntungan yang dicapai sebelum ini.

Namun begitu, penganalisis kekal melihat situasi tersebut hanya bersifat sementara ekoran perkembangan krisis peperangan antara Rusia dan Ukraine masih lagi hangat berlarutan.

Walaupun dalam fasa rundingan yang bakal bersambung pada hari ini, namun pencerobohan ke atas Ukraine masih tiada tanda-tanda untuk berhenti.

Tentera-tentera Rusia dilaporkan galak mengebom utara bandar Kharkiv selain menyerang selatan bandar Kherson yang merupakan bandar-bandar utama di Ukraine.

Pelabuhan Black Sea di Kherson yang menempatkan seramai 250,000 penduduk menjadi lokasi strategik di laluan Sungai Dnipro bakal menjadi bandar utama Ukraine yang pertama akan jatuh ke tangan Moscow.

Menteri Pertahanan Rusia turut menyatakan bahawa bandar Kherson di Ukraine sudah ditawan sepenuhnya oleh tentera Rusia.

Reuters melaporkan delegasi Ukraine bersiap sedia untuk rundingan seterusnya bersama Rusia untuk genjatan senjata selepas rundingan awal pada awal minggu lalu berakhir tanpa sebarang keputusan.

Sementara itu, sekatan-sekatan ke atas Rusia juga terus rancak dengan pelbagai jenama-jenama terkenal dunia semakin bertambah menyertai protes yang dilihat akan memberi kesan terhadap ekonomi Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat