Bank-Bank Terbesar Dunia Rugi Teruk – 3x Ganda Dari Jumlah Pasaran Bitcoin

438

Dilaporkan 14 bank terbesar dunia telah mengalami kerugian sebanyak $635.33 bilion sejak bermula pandemik COVID-19.

Kerugian tersebut jauh begitu tinggi kira-kira tiga kali ganda daripada jumlah pasaran Bitcoin (BTC) ketika ini atau dua kali ganda lebih tinggi daripada kesemua matawang kripto yang ada di dalam dunia ketika ini.

Data yang dikumpul bermula pada 19 Disember 2019. Pada masa itu, permodalan pasaran (market capitalization) BTC berjumlah $130 bilion dan ketika ini permodalan pasaran BTC telah mencapai hampir $200 bilion.

Pada awal pandemik, sebanyak enam bank mencatatkan permodalan pasaran yang lebih tinggi daripada BTC. Namun, ketika ini hanya dua bank sahaja kekal lebih tinggi iaitu JPMorgan Chase dan Bank of America. Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) hampir tersenarai, iaitu berada pada ketinggian yang sama dengan matawang kripto.

Jika dilihat pada data yang diterbitkan, setiap bank yang disenarai mengalami penyusutan permodalan pasaran sehingga mencapai berbilion dolar, namun BTC telah memperoleh kenaikan sebanyak $62 bilion atau 48% dalam tempoh yang sama.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Goverment Pension Investment Fund Jepun iaitu dana pelaburan pekerja terbesar di dunia mengalami kerugian berjumlah $165 bilion, hampir sama dengan jumlah keseluruhan permodalan pasaran Bitcoin.

Pada waktu yang sama, Bitcoin telah diserap dalam kalangan pelabur konvensional seperti yang ditampilkan oleh pertumbuhan Bitcoin Trust Grayscale. Tidak cukup dengan itu, sebuah syarikat yang tersenarai di bursa NASDAQ iaitu MicroStrategy telah menjadikan Bitcoin sebagai matawang rizabnya yang utama.

Kebanyakan bank ini mungkin tidak akan muflis dalam masa terdekat ini tetapi dijangka akan bergelut dalam tempoh yang lama untuk pulih semula dari kerugian yang dialami.

Keputusan negatif yang mereka perolehi mungkin juga disebabkan oleh pakej ransangan berjumlah berbilion-bilion dolar yang berlaku baru-baru ini oleh bank-bank pusat seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat