Beli Aset Metaverse Adalah Idea Paling ‘Bodoh’! – Mark Cuban

397

Selepas menyatakan sokongan terhadap mata wang kripto Dogecoin, pelabur bilionair Mark Cuban tampil mengkritik pembelian hartanah dalam Metaverse sebagai benda yang paling dungu! Mari lihat apa pandangan Mark Cuban terhadap Metaverse.

Mark Cuban telah ditemubual oleh saluran YouTube kripto Altcoin Daily pada Ahad dengan pelbagai topik dibicarakan termasuklah kemungkinan atau kekurangan membuat pembelian harta maya dalam dunia Metaverse.

Menurut pandangan beliau, menggunakan wang untuk membeli tanah digital dalam metaverse bukanlah satu tindakan yang baik.

Umum mengetahui bahawa Cuban adalah peminat setia mata wang kripto serta menjadi pelabur dalam Yuga Labs, pemilikan koleksi NFT popular seperti Bored Ape Yacht Club. Dan beliau juga pada Mei lalu pernah menyatakan perbandingan kripto dengan kemunculan awal internet.

Akan tetapi beliau tetap dengan pendiriannya mengatakan pembelian hartanah maya dalam metaverse merupakan perkara paling dungu untuk dilakukan. Metaverse hanya memberi keuntungan yang besar kepada individu yang menjual hartanah maya tersebut tetapi ia tidak berdasarkan utiliti.

Realitinya, hartanah sangat berharga dalam dunia fizikal kerana tanah adalah sumber yang terhad tetapi kekurangan tersebut tidak semestinya perlu digunakan dalam metaverse. Mark Cuban juga menyatakan bahawa dalam dunia maya terdapat volum tanpa had yang boleh dibuat.

Secara teorinya, metaverse dikatakan akan menjadi dunia digital yang meluas yang membolehkan ramai individu berinteraksi melalui avatar digital dengan kelengkapan cermin mata AR serta set kepala VR.

Tetapi sudah setahun hype terhadap metaverse semakin berkurangan sejak November 2021 lagi termasuklah dunia mata wang kripto yang memasuki fasa pasaran bearish.

Rentetan perkara ini, Cuban berkata di Altcoin Daily bahawa kini kebanyakan individu hanya bercakap lebih tentang metaverse tetapi tiada apa-apa perkembangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat