Belum Serik Lagi Dengan Gelora Brexit? Lihat Analisis GBP/USD Ini

577

US dolar bergerak perlahan pada dagangan awal minggu berikutan pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas terhadap perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan kepastian yang masih samar.

Beralih pada matawang yang paling ‘bergelora’ minggu lalu iaitu Pound Sterling dengan isu Brexit masih menjadi penggerak utama matawang tersebut.

Walaupun pada sesi Eropah Jumaat lalu menyaksikan kenaikan nilai Pound setelah terdapat laporan bahawa rundingan Brexit bakal dilanjutkan, namun Pound kembali susut semula sehingga sesi dagangan New York berikutan Perdana Menteri UK Boris Johnson memberi isyarat untuk bersiap sedia dengan pengunduran UK tanpa perjanjian bersama Kesatuan Eropah (EU).

Pelabur bakal berwaspada terhadap dagangan Pound minggu ini selepas menyaksikan pergerakan volatile harga sebelum ini.

Meneliti carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga kekal bergerak di bawah paras 1.30000 pada penghujung minggu lalu dan turut gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam harga.

Namun begitu, penurunan dilihat masih gagal melepasi paras support 1.28500 sebelum menutup dagangan minggu lalu sekitar paras 1.29000 di zon RBS (resistance become support) tersebut.

Memulakan dagangan minggu ini melihatkan harga bergerak membuat kenaikan sebaik sahaja sesi Asia bermula, namun paras halangan MA50 menjadi rintangan untuk harga terus ke paras lebih tinggi.

Jika penurunan kembali berlaku, harga bakal menguji semula zon RBS dalam julat harga 1.29000-1.28500.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut bakal menuju zon RBS seterusnya pada 1.27600 sebelum ke zon support sekitar 1.27600.

Namun jika harga kekal membuat kenaikan, paras rintangan terhampir yang bakal menjadi tumpuan adalah pada 1.30000 di zon SBR (support become resistance).

Seterusnya paras ketinggian minggu lalu sekitar resistance 1.30700 akan kembali diuji.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat