Berita Buruk! Lagi Kluster Baru Di Kurau Dan Meranti

789

Dilaporkan semalam Malaysia telah menerima dua kluster terbaru, meningkat kepada 13 kes terbaru COVID-19 di negara. Ini bermakna jumlah kes koronavirus di Malaysia telah meningkat kepada 9,083 sejak penularan pada Januari lalu.

9 daripada 13 kes terbaru itu merupakan kes import, melibatkan 5 rakyat tempatan dan empat pendatang asing.

Manakala kes lokal pula merupakan dari Pulau Pinang, dua daripada mereka merupakan kluster Sivagangga, seorang daripada kluster Kurau dan satu lagi kes dari Putrajaya yang datang daripada kluster Meranti.

Bagi kluster Kurau, kes pertama iaitu Kes 9,050 direkodkan pada 7 Ogos. Manakala kes kedua merupakan abang ipar kepada kes pertama, disyaki dijangkiti daripada kes aktif dan saringan kontak rapat.

Kluster Meranti pula, berdasarkan siasatan merupakan jangkitan daripada Kes 9,083, seorang staf kesihatan yang positif COVID-19 pada 8 Ogos lalu.

Staf tersebut dilaporkan kontak rapat kepada Kes 8,968, iaitu pesakit yang positif COVID-19 yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan tempat Kes 9,083 berkhidmat.

Sehingga kini, punca jangkitan kluster Meranti masih di bawah siasatan.

Kluster Sivagangga sehingga tengah hari semalam, seramai 4,636 orang telah menjalani ujian saringan dan 45 orang telah disyaki positif koronavirus, dikesan di Perlis dan Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kematian direkodkan sekaligus menjadikan kes kematian masih kekal pada 125 kes.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat