Biar Betul? 6 Bulan ‘Straight’ Emas Junam!

394

Emas terus memanfaatkan kelemahan US dolar dan hasil perbendaharaan AS untuk bangkit lebih tinggi menjelang penghujung minggu dan akhir dagangan September.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan lebih tinggi pada $1,660 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,670 per auns.

Harga emas kini berada di landasan untuk penurunan bulan keenam berturut-turut setelah kehilangan hampir 3% pada bulan ini berikutan langkah kenaikan kadar faedah dan ulasan hawkish Federal Reserve (Fed) yang telah memacu US dolar ke puncak tertinggi 20 tahun.

Bagaimanapun, kelemahannya pada minggu ini membantu emas meraih pemulihan kecil daripada paras terendah 2 setengah tahun.

Kejatuhan USD mungkin disebabkan pengambilan untung oleh pasaran menjelang akhir dagangan bulan ini selain turut menyusuli penurunan ketara dalam hasil bon AS 10 tahun.

Sementara itu, data bacaan akhir keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat mengesahkan ekonomi jatuh ke dalam kemelesetan pada separuh kedua 2022.

Tumpuan kini disasarkan kepada penerbitan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) yang menjadi indikator kepada inflasi Federal Reserve (Fed).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat