Britain Tersepit : BoE Seru Bank-Bank UK Siap Sedia Berhadapan Badai Ekonomi!

677

Pertumbuhan dalam sektor perniagaan UK pada bulan lepas dilihat lebih kukuh berbanding apa yang disangkakan. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda bahawa inflasi akan terus memberi impak terhadap pesanan baharu dan meningkatkan kebimbangan terhadap kemelesetan berdasarkan tinjauan yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Indeks Pengurus Pembelian S&P Global/CIPS komposit, merangkumi perkhidmatan dan firma pembuatan dilaporkan meningkat sedikit daripada bacaan awal bulan Jun iaitu 53.1 kepada 53.7 dan dalam masa yang sama ia juga lebih tinggi berbanding bulan Mei yang mencatat bacaan 53.1.

Bacaan PMI untuk sektor perkhidmatan juga meningkat kepada 54.3 daripada bacaan “awal” 53.4. Menurut Tim Moore, pengarah ekonomi di S&P Global, “sektor perkhidmatan kekal dalam fasa pengembangan pada bulan, namun inflasi yang berterusan tinggi telah mula menjejaskan perbelanjaan dan mempengaruhi unjuran permintaan secara negatif.”

Disisi lain, kebanyakkan firma menyatakan bahawa mereka merancang untuk meneruskan kenaikan harga selanjutnya pada separuh kedua 2022. Gabenor Bank of England Andrew Bailey berkata minggu lalu bahawa terdapat tanda-tanda jelas ekonomi perlahan walaupun bank pusat masih bersedia untuk bertindak secara paksa” jika perlu untuk menghambat kadar inflasi yang sedang menuju 11%.

Disisi yang berbeza, Bank of England memberi amaran pada hari Selasa bahawa prospek ekonomi untuk Britain dan dunia adalah ‘samar-samar’ sejak awal tahun dan memberitahu bank untuk bersedia berhadapan dengan badai ‘ kemelesetan ekonomi’.

Institusi antarabangsa, seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan OECD berkata Britain lebih terdedah kepada kemelesetan dan inflasi yang berterusan tinggi berbanding ekonomi Barat lain.

Namun begitu, menurut BOE, Bank-bank Britain berada pada kedudukan yang baik untuk berhadapan kemelesetan ekonomi. BoE berkata bank-bank Britain berdaya tahan terhadap kelemahan pembayaran hutang dalam kalangan isi rumah dan perniagaan di tengah masalah kos sara hidup yang semakin teruk.

Ahli Jawatankuasa Dasar Kewangan mengesahkan bahawa BoE akan menggandakan kadar penampan modal kitaran kepada 2% daripada aset berwajaran risiko pada Julai tahun depan. BoE kini sedang bersiap sedia dalam menghadapi rintangan yang bakal tiba.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat