Nexo Sedia Selamatkan Vauld! Adakah Ini Satu Kelegaan Untuk Pasaran Kripto?

211

Pada minggu ini pasaran kripto mula tertumpu pada kemas kini seterusnya mengenai pengursan terbaru Vauld. Vauld pada hari Isnin mengambil keputusan untuk menghentikan semua pengeluaran, perdagangan dan deposit buat sementara waktu di platform mereka. Dalam masa yang sama, syarikat tersebut memaklumkan sedang meneliti pilihan penstrukturan semula.

Namun setelah 24 jam yang lalu, telah timbul ura-ura yang membangkitkan kembali harapan mengenai pemerolehan ke atas syarikat Vauld. Walaubagaimanapun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pasukan Vauld.

Dalam perkembangan terkini, Nexo sedang mencari untuk memperoleh syarikat Vauld berikutan cabaran yang dihadapi sehingga memaksa Vauld untuk menghentikan transaksi dan pengeluaran. Nexo yang merupakan platform pinjaman kripto dijangka erkemungkinan membeli 100% saham dalam Vauld.

Telah timbul ura-ura dalam komuniti kripto bahawa exo mengumumkan rancangannya untuk membeli platform kripto yang bermasalah. Berdasarkan laporan semalam, Vauld yang merupakan syarikat pemberi pinjaman kripto telah berhadapan dengan krisis kewangan. Vauld menyatakan ketidaktentuan dalam pasaran telah mengheret mereka hampir ke kancah kemusnahan. Keadaan pasaran semasa, telah membawa kepada sejumlah besar pengeluaran dalam kalangan pelanggan.

Setakat ini, syarat sebenar perjanjian masih belum diumumkan dari kedua-dua pihak. Jika perkara ini dapat direalisasikan maka ia akan membawa kelegaan kepada pemain pasaran kripto. Selain itu, turut timbul persoalan mengenai bilakah Nexo akan memperoleh Vauld.

Perkara ini masih menjadi tanda tanya. Semalam Vauld telah menyatakan bahawa pihak mereka sedang mempertimbangkan pilihan penstrukturan semula yang berpotensi yang boleh melindungi kepentingan pihak berkepentingan Vauld.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat