CBDC Bukan Ancaman Terhadap Kripto – Morgan Stanley

416

Jika matawang digital bank pusat (CBDC) diaplikasikan sepenuhnya, penganalisis dari Morgan Stanley mendedahkan ia tidak akan memberi impak terhadap pasaran kripto terutama bagi teknologi desentralisasi.

Jelas ketua pakar ekonomi Morgan Stanley, Chetan Ahya, konsep desentralisasi telah mendapat tempat di hati dalam kalangan pelabur dan CBDC jelas tidak dapat menandingi kripto dari pelbagai aspek kerana cirinya yang desentralisasi dan fleksibel:

“Matawang kripto akan masih wujud ketika mereka masih digunakan dalam kes penggunaan yang lain. Misalnya, beberapa matawang kripto berfungsi sebagai simpanan nilai kerana segelintir masyarakat tidak sepenuhnya percaya dengan matawang fiat.”

Menyentuh tentang CBDC, matawang fiat yang didigitalkan menjanjikan transaksi yang mudah, cepat, murah dan selamat. Dengan menggunakan teknologi blockchain, ia selamat daripada diciplak dan kesilapan dalam pemeriksaan mana-mana pembayaran.

Namun, kaedah itu juga ada kekurangannya. Sesetengah pakar percaya CBDC memberi terlalu banyak kuasa kepada bank pusat dengan mengawal seluruh ekosistem pengiriman nilai melalui pantauan terhadap aliran wang penggunanya secara real-time.

Mungkin disebabkan itu Morgan Stanley lihat CBDC tidak akan mengatasi matawang kripto.

Sebenarnya masih banyak bank berbelah bahagi apabila menyentuh perihal kripto. Contohnya, bank HSBC yang memperkenalkan polisi anti-matawang kripto pada awal Januari lalu bagi menyekat sebarang transaksi daripada pertukaran kripto.

Sebaliknya bank seperti BNY Mellon telah melancarkan perkhidmatan perlindungan Bitcoin (BTC) untuk pelabur dan hodlers sejajar dengan perubahan zaman yang lebih futuristik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat