Dagangan Aussie Kekal Merosot, AUD/USD Tepati Ramalan Penurunan

259

Menepati jangkaan analisis yang dikongsikan semalam, dagangan pada carta pasangan matawang AUD/USD meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Penganalisis yang menilai mesyuarat bank pusat Australia pada Disember yang bernada dovish meletakkan jangkaan polisi pelonggaran akan dilanjutkan untuk tahun 2020.

Sementara itu, sentimen berisiko pasaran terus memberi tekanan buat dolar Aussie yang semakin menyusut ekoran kebimbangan pelabur terus terarah pada konflik Amerika Syarikat dan Iran yang semakin tegang.

Terbaru dilaporkan Iran telah melancarkan serangan balas terhadap beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq susulan pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani. Namun Iran mendakwa tindakan tersebut adalah bertujuan sebagai tindakan pertahanan.

Meneliti pergerakan harga pada AUD/USD semalam, harga telah turun sekitar 80 pips dari paras 0.69400 pada awal sesi Asia sehingga mencecah paras 0.68600 pada sesi New York.

Tekanan penurunan harga turut didorong oleh data PMI perkhidmatan Amerika Syarikat tinjauan ISM yang mencatatkan bacaan meningkat sekaligus menyokong kenaikan dagangan US dolar.

Harga masih kekal berada dalam trend bearish dan bergerak di bawah garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50).

Harga menguji paras terendah semalam yang merupakan zon RBS (resistance become support) dengan penurunan pada sesi Asia mencecah 0.68500, namun harga kemudiannya pantul semula menguji paras 0.68800.

Iran menyatakan mereka akan menghentikan serangan jika Amerika Syarikat tidak memberi respon balas. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberi kenyataan pada esok hari. Pergerakan harga perlahan menuju ke sesi pasaran Eropah.

Jika sentimen pasaran kekal berisiko harga dijangka akan turun lebih rendah berkemungkinan menuju zon RBS (resistance become support) di paras 0.68200.

Sebaliknya jika kenaikan harga kembali berlaku, garisan MA50 akan diuji sebelum kenaikan menembusi halangan tersebut akan menuju paras tumpuan 0.69300 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat