Dagangan Komoditi Merosot, USD/CAD Capai Paras Tertinggi 5 Bulan

258

Matawang komoditi terus didagangkan merosot pada minggu ini berikutan peningkatan risiko wabak Coronavirus yang semakin meruncing pada hujung minggu yang melaporkan jangkitan terus meningkat di luar China.

Termasuk dolar Aussie dan New Zealand, dolar Kanada turut bergerak lemah dalam pasaran ekoran terkesan oleh harga minyak mentah yang terjejas.

Walaupun data inventori minyak mentah Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan yang rendah, namun masih gagal untuk menyokong kenaikan harga minyak.

Pelabur juga meragui tindakan pengurangan pengeluaran minyak mentah oleh OPEC akan berjaya mengimbangi semula pasaran minyak mentah global.

Matawang dolar Kanada berbanding US dolar terus diniagakan meningkat mencapai paras ketinggian terbaru melepasi paras resistance 1.33300 semalam pada carta pasangan matawang USD/CAD.

Sejak awal minggu, harga menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1.32700 sehingga semalam dan turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/CAD.

Namun harga yang menguji paras resistance 1.33000 sejak awal minggu akhirnya berjaya menembusi ketinggian tersebut sebelum menuju paras 1.33300 yang merupakan paras resistance pada dagangan 2 minggu yang lalu.

Menyambung dagangan pada sesi Asia, harga terus membuat kenaikan ke paras sekitar 1.33470 mencatatkan paras ketinggian terbaru dalam tempoh 5 bulan.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga akan menuju pula paras ketinggian pada 1.33800 yang merupakan zon resistance pada dagangan September 2019 lalu.

Namun jika penurunan harga berlaku, harga yang turun lebih rendah dari paras 1.33300 akan kembali menguji paras 1.33000 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat