Dagangan Lira Turki Menjunam Sehingga 140 Pips!

600

Berita pada hujung minggu dikejutkan dengan laporan perlucutan jawatan Gabenor bank pusat Turki dengan melihatkan dagangan matawang Lira Turki menjunam sehingga mencatatkan perbezaan 140 pips pembukaan harga berbanding matawang USD pada awal dagangan minggu ini.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah memecat Murat Cetinkaya sebagai Gabenor bank pusat Turki dan menggantikan jawatan tersebut kepada timbalan gabenor.

Tiada kenyataan rasmi yang diumumkan berhubung pemecatan Murat yang telah menggalas jawatan tersebut sejak April 2016.

Namun, menurut siasatan laporan, pemecatan tersebut adalah disebabkan keengganan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah seperti yang digesa oleh kerajaan dalam usaha untuk merangsangkan kembali pertumbuhan ekonomi di Turki.

Erdogan sebelum ini telah mendesak untuk penurunan kadar faedah, dengan menyifatkan sebagai punca segala kerosakan. Beliau juga menyatakan kadar faedah yang terlalu tinggi akan menyebabkan inflasi dan percaya dengan tindakan menurunkan kadar akan kembali menyokong pertumbuhan.

Namun, sebaliknya bank pusat pada September lalu telah meningkatkan penanda aras bagi kadar faedah daripada 17.5% kepada 24%, dengan alasan berbuat demikian akan membantu isu inflasi selain meningkatkan dagangan matawang Lira Turki.

Ketidaksetujuan dalam isu kadar faedah dilihat menjadi faktor utama pemecatan Murat Cetinkaya sebagai Gabenor bank pusat dan jawatan tersebut bakal digantikan oleh timbalannya, Murat Uysal.

Pengumuman tersebut akan mendorong kepada beberapa situasi yang kurang menyenangkan termasuk menimbulkan keraguan terhadap faktor pendirian bank pusat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat