Dagangan Saham Bakal Digantung, SCIB Susut Mendadak!

959

Saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) menjunam dengan ketara selepas permohonan lanjutan masa (EOT) untuk menyiapkan laporan tahunan kewangan 2021 ditolak oleh Bursa Malaysia.

Oleh yang demikian, dagangan saham SCIB akan digantung pada 9 November sehingga diberitahu kelak, kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Terdahulu, syarikat itu telah memohon EOT sehingga 31 Disember tahun ini untuk melengkapkan auditnya terhadap penyata kewangan bagi tahun berakhir 30 Jun 2021 untuk dimasukkan dalam laporan tahunan 2021.

Ini dibuat susulan ia terjejas oleh pertukaran juruaudit luar dan sekatan pergerakan di Malaysia dan luar negara akibat pandemik Covid-19.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rosland Othman mengatakan SCIB telah berusaha sebaik mungkin untuk mematuhi peraturan berkaitan dan menepati tarikh akhir.

Namun begitu, mereka tidak dapat menepati tarikh walaupun dengan dengan juruadut baru, Nexia SSY PLT komited sepenuhnya untuk menyelesaikan audit.

Walaupun permohonannya ditolak, beliau mengatakan rajuan yang dikemas kini telah dikemukakan kepada Bursa pada hari yang sama.

Sekitar jam 3.22 petang, saham SCIB jatuh 28.40% atau 12 sen kepada 29 sen dengan mempunyai nilai pasaran sebanyak 166.37 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat