Data ADP-NFP Sejajar Dengan Jangkaan, Pekerjaan Bertambah 177,000

48

Data ADP-non-farm payroll yang dikeluarkan sebentar tadi mencatatkan tambahan sebanyak 177,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta.

Bacaan kali ini kurang sedikit daripada jangkaan sebanyak 178,000 dan data bulan sebelum iaitu 255,000 yang telah dikaji semula dari 263,000 yang dilaporkan bulan lalu.

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc).

Walaupun data ADP pada Januari dan Februari merekod bacaan yang tinggi dan diikuti dengan bacaan yang sejajar dengan data NFP pada dua bulan tersebut, tetapi bacaan pada Mac menimbulkan keraguan hubungan antara ADP-NFP dan NFP.

Berikutan hal ini, pasaran berpandangan data ADP akan kurang mempengaruhi data NFP kali ini.

Satu lagi data US yang dikeluarkan sebelum ini iaitu indeks PMI sektor perkhidmatan merekod kejatuhan mendadak dalam penghasilan pekerjaan pada April. Data ADP kali ini juga konsisten dengan data PMI sebelum ini yang menunjukkan pasaran pekerjaan yang tidak menentu.

Reaksi pasaran juga minimum selepas data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy masih berlegar di sekitar 112.00.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 5 Mei ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan April akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data NFP juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk keadaan pasaran buruh semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat