Data GDP UK Dorong GBP/JPY Tembusi Paras Rintangan Minggu Lalu

166

Data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) United Kingdom (UK) yang baru sahaja diterbitkan sebentar tadi di awal pembukaan sesi Eropah telah menyokong pengukuhan pound yang telah dimulakan pada sesi Asia lagi, namun momentum mula kembali suram.

Meneliti terbitan data, bacaan bulanan GDP UK untuk bulan Julai meningkat kepada 0.2% mengatasi bacaan pada Jun yang menguncup kepada -0.6%, namun tidak berjaya untuk mencapai jangkaan pada 0.3%.

Seterusnya, pelabur akan memberikan perhatian terhadap terbitan laporan data pekerjaan dan inflasi UK yang turut akan mempengaruhi pergerakan mata wang Pound sepanjang minggu ini.

Manakala mesyuarat polisi bank pusat England pula ditunda pada minggu hadapan ekoran peristiwa kematian Ratu Elizabeth, namun diramalkan Bank Of England (BOE) bakal meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif pada mesyuarat minggu hadapan sekiranya inflasi kekal berada pada paras tertinggi 40 tahun.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY, harga merekodkan kenaikan ke paras tertinggi terbaru lagi mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada penghujung minggu lalu.

Pada minggu lalu, kenaikan harga dilihat terhalang pada paras rintangan 166.200 yang menggagalkan harga untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Pada Jumaat, harga yang gagal untuk melepasi paras rintangan 166.200 tersebut dilihat kembali susut ke paras sokongan pada 164.500 sebelum harga melantun semula untuk menutup dagangan penghujung minggu di sekitar 165.400.

Memberi petunjuk awal untuk pergerakan bullish pada minggu ini, harga memulakan dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini dengan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY.

Harga membuat kenaikan sehingga melepasi rintangan minggu lalu pada 166.200 dan mencapai ketinggian terbaru 12 minggu di sekitar 167.00 susulan terbitan data GDP UK sebentar tadi.

Namun, momentum lonjakan tersebut dilihat mulai mengendur selepas mencapai paras ketinggian terbaru tersebut dengan jangkaan untuk harga kembali menuju semula ke zon 166.200 yang berkemungkinan akan menjadi paras sokongan buat harga.

Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menuju ke ketinggian 168.00 untuk harga menguji sekali lagi zon rintangan utama tahun ini yang telah diuji pada April dan juga Jun lalu, namun masih lagi zon tersebut belum berjaya harga tembusi.

Namun, waspada sekiranya harga susut lebih rendah di bawah paras 166.200 dan melepasi paras sokongan MA50 untuk isyarat pergerakan bearish buat harga setelah momentum lonjakan terbaru di awal minggu gagal untuk dikekalkan.

Penurunan harga lebih rendah yang diteruskan dilihat bakal menguji semula paras sokongan pada penghujung minggu lalu iaitu 164.500 sebelum penurunan lanjut boleh mensasarkan semula sehingga ke zon 162.00.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat