Data Harga Pengguna di U.S. Menyokong Kenaikan Kadar

45

US consumer price Index (CPI) atau Indeks harga pengguna naik 0.40% pada Oktober dengan inflasi tahunan (annual inflation) naik ke 1.60% dari 1.20% sebelum ini dan kenaikan ini sejajar dengan jangkaan pasaran. Ini adalah inflasi tahunan yang tertinggi sejak Oktober 2014 dan data keseluruhan akan mengekalkan kepada jangkaan kenaikan kadar The Fed pada Disember.

Data CPI ini mengira perubahan harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Ia dikeluarkan setiap bulan selepas 16 hari. Contohnya data bagi bulan lepas dikeluarkan hari ini pada 18 November.

Core CPI pula naik ke paras 0.10% pada bulan yang sama tetapi rendah sedikit daripada jangkaan pasaran iaitu 0.20% dengan kenaikan tahunan (annual inflation) pada kadar 2.10% dari 2.20% sebelum ini.

Harga bagi tenaga (energy prices) naik 3.50% pada bulan sama iaitu kenaikan tertinggi sejak Februari 2013 dengan harga gasoline naik sebanyak 7.00% dan dikira setengah daripada kenaikan Indeks CPI pada bulan sama.

Harga makanan pula tidak berubah pada empat bulan berturut-turut dengan kejatuhan tahunan mencatatkan 0.40%. Selain itu, terdapat juga sedikit kejatuhan dalam harga kereta terpakai dan trak dengan penyusutan 4.10%.

Manakala dalam kategori perubatan, medical care commodities naik 5.00%, perkhidmatan kesihatan tidak berubah pada bulan sama, namun kenaikan tahunan masih dalam 4.10%. Indeks keseluruhan sektor perkhidmatan naik 3.00%.

Walaupun data yang dikeluarkan ini tidak menepati jangkaan, The Fed masih lagi yakin dengan asas-asas ekonomi U.S. untuk kenaikan kadar Disember ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat