Debaran Menanti Keputusan The Fed, Ini Kesan Kepada Pasaran Komoditi

406

Pasaran minyak mentah jatuh pada sesi Asia berikutan kemungkinan kelewatan dalam menamatkan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China akan mempengaruhi kejatuhan inventori minyak mentah AS.

Minyak mentah Brent susut sebanyak 0.3% kepada $61.41 setong manakala minyak WTI Amerika Syarikat jatuh 0.5% kepada $55.27 setong.

Inventori mentah AS menurun sebanyak 708,000 tong pada minggu lalu berbanding jangkaan penganalisis yang mengunjurkan peningkatan sebanyak 494,000 tong, menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API).

Kenyataan daripada Timbalan Menteri Tenaga Rusia turut menambah tekanan kepada harga pasaran, yang menyatakan bahawa situasi sekarang terlalu awal untuk OPEC dan sekutunya membincangkan mengenai pengurangan output yang lebih mendalam membawa kemungkinan kepada lebih banyak pengeluaran minyak dalam pasaran.

Selain itu, pentadbiran Trump mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa perjanjian perdagangan fasa pertama mungkin tidak dapat disiapkan sepenuhnya menjelang tarikh yang dijangkakan untuk kedua-dua negara ekonomi gergasi itu menandatanganinya di sidang kemuncak Chile pada November ini.

Susulan daripada kenyataan tersebut, safe-haven emas turut menjadi pilihan pada dagangan sesi Asia. Bagaimanapun, emas diniagakan dalam jajaran yang sederhana memandangkan keputusan mesyuarat FOMC mengenai kadar faedah terus menjadi fokus kepada para pelabur.

Sentimen kekal berhati-hati dengan dagangan logam kuning meningkat sedikit sebanyak 0.05% untuk diniagakan di atas paras $1,490.

Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka akan menurunkan kadar faedah untuk kali ketiga pada tahun ini, iaitu sebanyak 0.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat