Debat Trump VS Biden Bakal Gegarkan Pasaran

710

Matawang utama terus mempamerkan peningkatan ketika pembukaan sesi pasaran Eropah dengan US dolar pula mencatatkan kemerosotan sementara pasaran menantikan perdebatan pertama antara calon presiden AS.

Walau bagaimanapun, dolar greenback kekal mengukuh di sekitar paras tertinggi dua bulan berbanding kebanyakan matawang utama pada 94.10.

Sentimen positif dalam pasaran telah diangkat oleh optimisme terhadap pelan rangsangan fiskal yang dilancarkan oleh Demokrat akan mendapat persetujuan daripada Kongres AS dan ini telah mendorong peningkatan dalam pasaran saham global.

Dolar Aussie melonjak semula pada sesi dagangan hari ini setelah disokong oleh oleh laporan daripada Westpac dan Citibank yang menarik semula unjuran bahawa bank pusat Australia akan menurunkan kadar faedah kepada negatif pada mesyuarat polisi Oktober.

Sementara dolar New Zealand pula turut meraih keuntungan daripada sentimen semasa dengan diniagakan meningkat berbanding US dolar.

Matawang komoditi, dolar Kanada juga mencatatkan peningkatan walaupun dagangan minyak mentah terus menerima tekanan daripada kebimbangan terhadap permintaan global yang lemah.

Bagi matawang Eropah pula, pound sterling meningkat ke paras tertinggi satu minggu walaupun dengan pengukuhan USD disokong oleh keyakinan terhadap rundingan perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) yang dimulakan hari ini.

Selain itu, dagangan euro turut menokok lebih tinggi ketika sesi Eropah namun pergerakan harga masih berdepan tekanan daripada kebimbangan Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai lonjakan terbaru kes coronavirus terhadap pemulihan ekonomi.

Dalam pada itu, tumpuan pasaran kini terarah kepada perdebatan pertama antara Presiden Donald Trump dan pesaing utamanya, Joe Biden yang dijadualkan berlangsung pada Selasa (9.00 malam waktu Amerika).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat