Demi Masa Depan Lebih Baik, UK Tekad Untuk Lakukan Reformasi Pasaran Kewangan!

381

Laporan terkini menunjukkan bahawa Britain akan mereformasi pasaran kewangannya sebagai langkah untuk menarik syarikat luar di seluruh dunia. Walaupun begitu reformasi ini tidak akan menyimpang dari standard Kesatuan Eropah.

Seperti yang telah sedia maklum bahawa UK telah berundur sepenuhnya dari EU pada Disember yang lalu. Hal ini membolehkan negara tersebut menggariskan peraturan kewangannya sendiri. Menurut kementerian kewangan bahawa kerajaan akan menerbitkan cadangan terperinci dalam melakukan reformasi pasaran modal akhir tahun ini dalam masa waktu terdekat.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Financial Conduct Authority Nikhil Rathi kepada acara City & Financial’s City Week, tumpuan reformasi adalah pada struktur pasaran, pengaturan pasaran derivatif komoditi dan meningkatkan akses kepada data pasaran.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, soal selidik menujukkan bahawa terdapat permintaan agar peraturan penyenaraian syarikat di Bursa dilonggarkan. Nikhil Rathi menyatakan bahawa hal ini akan dirundingkan oleh pihak FCA pada bulan Julai.

Setakat ini, EU telah memberikan sedikit akses kepada pasaran kewangan untuk negara Britain. Kekurangan akses daripada EU telah menimbulkan cabaran seperti dana pasaran wang sterling, 90% daripadanya disenaraikan di EU, dilarang mendeposit sterling ke bank UK.

Justeru pihak kerajaan memandang bahawa perlunya reformasi kewangan demi penjanaan ekonomi yang lebih baik. Matawang GBP telah menunjukkan pengukuhan berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.3920.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat