ECB Tekad Mahu Naikkan Kadar Faedah Ke Tahap Sepatutnya Bagi Atasi Inflasi!

180

Para penggubal dasar ECB Francois Villeroy de Galhau pada Selasa telah tampil beri pandangan mengenai langkah kenaikan kadar faedah. Beliau secarra asas berpendapat bahawa Bank Pusat Eropah akan menaikkan kadar faedah sebanyak yang diperlukan untuk menurunkan inflasi teras walaupun kadarnya mungkin perlahan selepas akhir tahun.

Villeroy, yang juga gabenor bank pusat Perancis, berkata bahawa 4.8% dalam inflasi teras zon Eropah, tidak termasuk harga tenaga dan makanan di luar kawalan bank pusat, adalah terlalu tinggi.

“Kami akan menaikkan kadar faedah sebanyak yang diperlukan untuk menurunkan inflasi teras,”, kata Villeroy. Tambah beliau dengan cara ini, ini akan memberi kesan positif ke atas pendapatan bersih bank; bank Eropah lebih kukuh daripada yang dikhuatiri oleh sesetengah pihak,”.

Bank-bank Eropah telah mengalami tekanan dalam pasaran kewangan sejak kebelakangan ini kerana kebimbangan mengenai kesihatan kewangan Swiss Credit Suisse. Selepas ECB menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 50 mata asas pada Julai dan 75 mata asas pada September, Villeroy berkata adalah penting untuk langkah seterusnya ECB untuk kekal “tertib”. Kenyataan ini bukanlah untuk menggemparkan pasaran mahupun mengetatkan keadaan kewangan isi rumah dan firma secara terlalu mendadak.

Villeroy berkata bahawa ECB harus menaikkan kadar faedah “tanpa teragak-agak, menjelang akhir tahun” ke tahap di mana mereka tidak merangsang mahupun mengheret ekonomi dengan kadar faedah kepada 2%. Selepas itu, ECB akan memulakan pusingan kedua kitaran normalisasi dasar monetarinya, yang beliau jangkakan akan menjadi “lebih fleksibel dan mungkin lebih perlahan”.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat