Elon Musk Bukan Lagi No.1, Guatam Adani Manusia ‘Terkaya Hari Ini’

38,769

‘Fuhh, berpeluh Elon Musk tengok carta hari ini.’

Mencerap portal Forbes pagi tadi, taikun dari India Gautam Adani mengatasi kekayaan Elon Musk untuk muncul sebagai juara dalam kategori Today’s Winners and Losers.

Melihat kepada carta kategori tersebut, Adani muncul sebagai jutawan terkaya pada hari ini dengan kenaikan nilai kekayaan $4.5 bilion mengatasi Elon Musk pada $3.9 bilion sahaja.

Turut tersenarai di tempat ke-3 adalah Zhong Shanshan pada $2.5 bilion diikuti Bernard Arnault pada $2.3 bilion dan Liguo Lou pada tempat ke-5 dengan nilai kekayaan $2 bilion.

Namun, Musk tidak perlu khuatir kerana carta Forbes Real-Time Billionaires memperlihatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan SpaceX itu masih mengungguli tempat pertama dengan nilai kekayaan pada $277.1 bilion.

Adani pula dilihat mengatasi kedudukan Jeff Bezos untuk berada di ranking ke-3 dengan nilai kekayaan $156.5 bilion berbanding $148.1 bilion milik CEO Amazon itu.

Memperbandingan sumber dari Bloomberg Billionaires Index pula, Adani muncul juara mengatasi Bezos untuk menduduki tempat ke-2 dengan masing-maisng berkongsi nilai kekayaan $148 bilion.

Hanya nilai year to date (YTD) sahaja yang dilihat memisahkan jurang kedudukan Adani dan Bezos.

Sedikit ringkasan mengenai pencabar baru Musk, Adani adalah pengerusi kepada syarikat konglomerat Adani Group yang terlibat dalam pembangunan pelabuhan termasuk tenaga hijau dan pusat data.

Kejayaan beliau untuk mendahuli ranking boleh dikaitkan dengan penyusutan saham Amazon yang jatuh pada 2019 selepas Bezos bercerai dengan bekas isterinya, MacKenzie Scott.

Bagi separuh pertama 2022 sahaja, saham Amazon telah jatuh 32% setakat Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat