Emas Masih Di Puncak! Boleh Ke Lepas Paras Harga $1,830?

1,144

Emas terus mendapat sokongan untuk meningkat lebih tinggi berikutan penyusutan US dolar ketika pelabur berhati-hati menjelang pengeluaran data inflasi Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan meningkat pada $1,823 per auns, iaitu tahap tertinggi yang dicapainya sejak awal September. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan sedikit berubah pada $1,824 per auns.

Dolar greenback didagangkan suram ketika tumpuan pelabur terarah kepada pengeluaran data inflasi AS dan kecewa dengan ucapan penggubal dasar Federal Reserve (Fed) yang masih ‘bersabar’ untuk menaikkan kadar faedah.

Pengerusi Jerome Powell terus mencadangkan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah sehingga sekurang-kurangnya pengurangan pembelian bon berakhir.

Sementara Presiden Fed Chicago, Charles Evans pula mengatakan walaupun beliau bimbang tentang inflasi yang kekal tinggi berbanding sebelum ini, beliau masih percaya bank pusat tidak perlu menaikkan kadar faedah sehingga tahun 2023.

Dalam pada itu, penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun masih bergerak di bawah tahap 1.50%, mendorong daya tarikan terhadap emas kekal meningkat.

Pada minggu ini, pelabur akan menyaksikan penerbitan data inflasi, di mana indeks harga pengeluar (PPI) akan diterbitkan pada malam ini dan indeks harga pengguna (CPI) pula pada hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat