EUR/USD Mula Paparkan Trend Penurunan Harga Semula

615

US dolar bergerak kukuh pada dagangan awal minggu ini berikutan kebimbangan pelabur terhadap peningkatan kes jangkitan virus dan juga keraguan terhadap kecepatan dan saiz pakej rangsangan ekonomi yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) oleh Presiden Joe Biden.

Di samping itu juga, pelabur turut berwaspada menjelang mesyuarat polisi monetari Federal Reserve (Fed). Namun, jangkaan utama adalan Fed akan terus mengekalkan polisi yang longgar untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Sementara mata wang Euro bergerak lemah dengan krisis pandemik yang membelenggu Eropah selain langkah sekatan pergerakan yang akan menghalang pemulihan ekonomi dalam masa terdekat.

Faktor-faktor tersebut mendorong penurunan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu.

Seperti yang dapat dilihat, harga gagal melepasi rintangan 1.21800 sebelum turun semula dan jatuh lebih rendah di bawah paras 1.21500 pada sesi New York semalam.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut memberi isyarat perubahan kepada trend bearish.

Harga mencecah ke paras trendah sekitar 1.21200 sebelum menutup dagangan sekitar 1.21400.

Jika dagangan pada hari ini (Selasa) meneruskan penurunan, paras sokongan dilihat pada 1.20900 sebelum penurunan lebih rendah harga bakal menuju semula ke zon support 1.20000.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan semula, paras rintangan pada 1.21800 akan diuji sekali lagi sebelum harga menguji pula zon SBR (support become resistance) pada 1.22200.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat