Euro Melonjak Semalam? Ini Komen Yang Dikeluarkan Oleh Presiden ECB

492
Matawang Euro melonjak pada sesi dagangan Isnin selepas komen yang dikeluarkan oleh Presiden European Central Bank, Mario Draghi. Matawang Euro menguat berbanding matawang utama yang lain dengan EUR/USD naik sehingga 65 pip pada awal sesi New York.

 

Pasangan matawang EUR/AUD, EUR/NZD dan EUR/JPY masing-masing merekodkan kenaikan lebih daripada 70 pip semalam berikutan komen oleh beliau.

 

Draghi dalam ucapannya semalam tidak menunjukkan perwatakan biasa yang dovish kerana komen yang positif terhadap inflasi sekaligus mengaktifkan kenaikan Euro.

Dengan tiada data ekonomi penting yang dikeluarkan, tumpuan pasaran terarah kepada ucapan oleh Mario Draghi di hadapan Parlimen Eropah.

 

Pemerhati pasaran melihat beliau bernada positif terhadap keadaan pasaran pekerjaan dan juga inflasi di Zon Eropah. Beliau menunjukkan pasaran pekerjaan semakin baik dan bagaimana ia menghasilkan kesan yang sedikit negatif kepada sesetengah bahagian dalam ekonomi.

 

Beliau juga menyebut pertumbuhan gaji berpotensi tinggi meneruskan kenaikan yang boleh menyebabkan peningkatan dalam harga domestik (Inflasi). Draghi turut mengatakan walaupun data inflasi (CPI) kekal di sekitar paras semasa, tetapi terdapat kenaikan dalam inflasi teras (Core-CPI).

 

Dengan komen yang positif terhadap inflasi, ia telah menyebabkan kenaikan matawang Euro secara keseluruhan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat