EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Oct 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-014

Euro Dollar terus merudum untuk hari kedua, lebih 135 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0995 sebelum menutup sekitar paras 1.1015; setelah ECB dalam mesyuarat dasarnya menyatakan kesediaan untuk menambah ransangan ekonomi mahupun melanjutkannya melepasi September 2016 seperti dijadualkan sebelum ini.

Dalam sidang akhbar, Presiden ECB Encik Mario Draghi menjanjikan “penilaian semula” tentang kecukupan rangsangan yang disediakan oleh pembuat dasar dalam mesyuarat Disember nanti. Rujukan kepada Disember perlu diberi perhatian kerana bank pusat biasanya malu untuk menetapkan harapan yang terlalu tinggi untuk bertindak pada suatu masa-masa yang tertentu.

[adrotate group=”6″]

Tetapi kes bagi rangsangan tambahan, ianya adalah berdasarkan sebahagiannya pada kebimbangan terhadap kelembapan di China dan di tempat lain; yang akan melemahkan permintaan bagi eksport Euro-Zone, dan seterusnya pemulihan ekonomi yang diharapkan. Ini membuatkan ia lebih sukar bagi ECB untuk memenuhi matlamat dalam meningkatkan kadar inflasi tahunan kepada sasarannya sekitar 2%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat