GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Oct 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar terus merudum untuk hari keempat, lebih 100 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5305 sebelum menutup sekitar paras 1.5310; setelah Dollar terus mendapat permintaan ‘safe-haven’, terkesan dari kebimbangan pasaran global yang tidak menentu selepas pasaran saham China kembali merudum walaupun People Bank of China menjanjikan ransangan tambahan.

Di pasaran UK, statistik rasmi menunjukkan bahawa jumlah tahap pinjaman kerajaan Britain telah jatuh pada separuh pertama tahun kewangan. Kejatuhan hampir 14% kepada £46.3 bilion daripada Pinjaman Bersih Sektor Awam, tidak termasuk bank sektor awam, berbanding tahun sebelumnya; mencadangkan bahawa kedudukan fiskal Britain telah bertambah baik.  Kemampuan kerajaan Britain untuk membayar balik dan mengurangkan pinjaman awam menunjukkan pengurusan kewangan yang cekap.

[adrotate group=”6″]

Pada masa yang sama, data menunjukkan jualan runcit British berkembang pada kadar terpantas dalam hampir dua tahun dan dengan mudah menewaskan jangkaan ahli ekonomi.  Jualan runcit Britain meningkat 1.9%, jauh lebih tinggi daripada ramalan konsensus sebanyak 0.3% dalam undian ahli ekonomi Reuters – pertumbuhan terpantas sejak Disember 2013. Jualan terkumpul tahunan meningkat 6.5%, menewaskan jangkaan kenaikan sebanyak 4.8%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat