EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Mac 2016

54

Euro Dollar melonjak naik lebih 115 mata Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0970 sebelum menutup sekitar paras $1.0955; setelah para pelabur memberikan reaksi kepada data ekonomi AS yang lemah semalam.  Pada masa yang sama, angka PMI perkhidmatan dan jualan runcit Euro-Zone yang lebih baik dari jangkaan, membantu mengukuhkan Euro.

Di pasaran Eropah, angka PMI perkhidmatan dari Markit untuk Februari dilaporkan meningkat dari 53 mata kepada 53.3 mata, walaupun penganalisis menjangkakan tiada perubahan. Jualan runcit juga lebih baik dari jangkaan, pada 0.4% berbanding 0.1%, walaupun lebih rendah dari 0.6% pada sebelumnya.  Angka PMI yang melebihi 50 menunjukkan pertumbuhan dan ini sedikit sebanyak melegakan pasaran yang menjangka ransangan tambahan dari ECB pada mesyuarat bulan ini.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran AS pula, tuntutan pengangguran dilaporkan meningkat daripada 272 ribu kepada 278 ribu, berbanding 271 ribu jangkaan.  Pada masa yang sama, tempahan perkilangan meleset pada 1.6% berbanding 2.1% jangkaan, walaupun lebih baik dari -2.9% pada sebelumnya.  Dalam pada itu, PMI perkhidmatan dilaporkan pada 53.4 mata berbanding 53.2 mata jangkaan, dan 53.5 mata pada sebelumnya. Angka yang lemah ini, menyebabkan Dollar dijual, lantas menaikkan kadar tukaran EUR/USD.

Hari ini AS bakal melaporan data ‘Non-Farm Payroll’ (NFP) yang ditunggu-tunggu, yang dijangka meningkat daripada 151 ribu kepada 195 ribu dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 4.9%.  Namun pendapatan purata sejam dijangka turun dari 0.5% kepada 0.2%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat