Facebook ‘Down’? Bitcoin (BTC) Rileks Je Pamer Peningkatan 4.5% Dalam Dua Jam

640

Insiden gangguan platform media sosial: Facebook, Instagram dan Whatsapp pada malam tadi mengundang lonjakan harga Bitcoin (BTC) dan aset kripto yang lain.

Berdasarkan pemerhatian, harga BTC mencatat peningkatan 4.5% kepada lebih $49,000 selepas susut ke paras terendah harian, $47,166.

Begitu juga harga Ethereum (ETH) melonjak 3.5% dalam tempoh yang sama, mencecah $3,411.

Gangguan ketiga-tiga platform media sosial ini merupakan insiden terburuk sejak 2008. Ketika itu dilaporkan Facebook berstatus ‘offline’ susulan daripada kehadiran pepijat.

Pendukung kripto menggunakan peluang ini menekankan kepentingan kehadiran media sosial desentralisasi yang dibangunkan di blockchain, mendakwa: “Jika mereka membangunkan Facebook di blockchain, ia tidak akan diganggu.” – Allen Farrington, penulis hal-hal Bitcoin dan matawang kripto.

 

Seperti Twitter, pengasasnya Jack Dorsey sedang mengusahakan inisiatif media sosial desentralisasi. Terbaru, Twitter telah berintegrasi dengan Bitcoin (BTC) melalui pengenalan tip yang disokong wallet Lightning.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $49,174, dengan lonjakan 3.46% dalam 24 jam. Manakala ETH meningkat lebih 1.5% dengan nilai dagangan semasa $3,385.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat