Faktor-faktor Utama Ini Perlu Diberi Perhatian Oleh Trader

1,108

Permulaan dagangan awal minggu menyaksikan matawang utama kembali memaparkan pemulihan, setelah mengalami kejatuhan besar pada akhir minggu lalu disebabkan lonjakan hasil bon AS jangka panjang yang menyokong US dolar.

Dolar greenback dibuka rendah pada awal perdagangan sesi Asia, dengan penanda aras perbendaharaan 10 tahun AS menunjukkan pengurangan pada 1.407% selepas melonjak ke tahap 1.6% minggu lalu, iaitu paling tinggi sejak wabak coronavirus melanda negara itu.

Bagaimanapun, raja matawang itu dilihat kukuh walaupun sedikit susut dengan indeks dolar didagangkan di sekitar harga 90.78.

Matawang Asia, dolar Aussie dan kiwi masing-masing menunjukkan pemulihan dengan mencatatkan kenaikan 0.6% selepas mengalami kerugian sekitar 2% pada hari Jumaat. Pasaran kini menumpukan perhatian mereka kepada keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada pagi esok.

Pada hari Sabtu, Dewan Perwakilan AS meluluskan pakej bantuan coronavirus bernilaI $1.9 trilion dengan undian yang sangat sengit. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada Republikan, tetapi rang undang-undang tersebut akan dibawa terus ke Senat yang mana ia diharapkan akan diluluskan sebelum 14 Mac iaitu sebelum rangsangan sebelum ini berakhir.

Sementara itu, matawang pound turut mempamerkan peningkatan dengan pasaran kini menantikan pembentangan bajet belanjawan oleh Menteri Kewangan UK Rishi Sunak pada hari Rabu.

Menurut berita pada hujung minggu, menteri kewangan itu dijangka akan mengumumkan bantuan tambahan sebanyak 5 bilion pound untuk membantu perniagaan yang terkesan akibat krisis pandemik.

Dalam pada itu, euro sedikit meningkat tetapi pergerakan harga dilihat masih terbatas berikutan dolar greenback yang masih memaparkan pengukuhan walaupun sedikit susut pada awal sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat