Hanya Perlu Satu Suntikan Sahaja, Vaksin Ini Lebih ‘Power’?

1,152

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) meluluskan vaksin coronavirus yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson (J&J).

Menariknya, vaksin berkenaan hanya perlu disuntik sebanyak satu kali sahaja berbanding vaksin-vaksin lain.

Vaksin tersebut merupakan alternatif yang menjimatkan daripada vaksin Pfizer dan Moderna serta boleh disimpan di dalam peti sejuk berbanding peti sejuk beku sebelum ini.

Ujian yang dilakukan di AS, Afrika Selatan dan Brazil mendapati tahap keberkesanan vaksin itu adalah 85% dalam mencegah penyakit serius.

Vaksin terbabit dibangunkan oleh bahagian Janssen Pharmaceutica J&J.

Syarikat itu bersetuju untuk membekalkan 100 juta dos kepada AS menjelang akhir Jun.

Dos pertama vaksin berkenaan berkemungkinan akan diberikan kepada rakyat AS seawal minggu depan.

United Kingdom (UK), Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada turut memesan vaksin tersebut selain 500 juta dos turut ditempah menerusi skim Covax untuk negara-negara miskin.

Menurut Menteri Industri Perancis, Agnes Pannier-Runacher, Agensi Ubat-Ubatan Eropah berkemungkinan meluluskan vaksin terbabit untuk EU pada awal bulan ini.

Dalam pada itu, Presiden AS, Joe Biden melahirkan rasa gembira terhadap penghasilan vaksin terbaharu itu tetapi memberi amaran perjuangan menentang Covid-19 masih belum tamat.

“Di kala kita menyambut berita gembira hari ini, saya menyeru semua rakyat Amerika untuk kekal membasuh tangah, melakukan penjarakan sosial dan selalu memakai pelitup muka.

“Seperti saya cakapkan sebelum ini, situasi boleh menjadi buruk semula akibat penyebaran varian baharu dan perkembangan terkini boleh bertukar menjadi buruk,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat