Fed Brainard: The Fed Harus Berhati-Hati Menaikkan Kadar Faedah

55

Inflasi jatuh jauh di bawah sasaran, oleh itu The Fed patut berhati-hati untuk menaikkan kadar faedah sehinggalah bank pusat benar-benar yakin ia akan naik semula, kata Fed Brainard pada Selasa.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kelemahan data telah menolak inflasi-teras kepada 1.4%, kata Brainard.

Brainard adalah pengundi tetap dalam polisi monetari bank pusat di mana sebelum ini berjaya mempengaruhi rakan-rakannya untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah.

“Kita mesti berhati-hati untuk mengetatkan polisi sehinggalah kita yakin inflasi di landasan tepat bagi mencapai sasaran kita.”

“Kosnya tinggi untuk membawa inflasi kembali naik ke arah sasaran.” Saya percaya, adalah penting untuk kita lebih jelas dengan pergerakan inflasi melebihi sasaran ketika ini.”

Federal Reserve telah menaikkan kadar faedah dua kali tahun ini dan menurut anggaran bank pusat Jun lalu, ada satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini. Namun, pemain pasaran masih ragu dengan kenaikan kadar faedah Disember di mana potensi ketika ini adalah 31.3% seperti yang ditunjukkan oleh CME.

“Jika inflasi meningkat semula dalam masa terdekat, bank pusat boleh mencapai ramalan tiga kali kenaikan kadar faedah tahun ini. Namun, dengan potensi pertumbuhan ekonomi, bank pusat mungkin sampai ke paras kadar faedah yang maksimum tanpa ada ‘banyak tambahan kenaikan kadar faedah’.

Brainard juga menjelaskan ribut Harvey minggu lalu membawa ketidaktentuan kepada ekonomi tahun ini dan akan memberi kesan kepada pertumbuhan suku ketiga di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat