Bagaimana Nak Tahu Kita Sudah Berjaya Sebagai Seorang Trader?

197

Soalan ini paling subjektif tetapi antara soalan paling banyak ditanyakan kepada saya. Ramai yang jumpa saya tak kira bila masa, sama ada jumpa saya di shopping complex, juga apa jua event seperti Invest Fair tempoh hari. Soalan sama tetap ditanya.

“Bilakah Tuan Moshed berjaya dalam bidang ini?”

“Bila Tuan Moshed tahu, tuan sudah berjaya?”

“Bagaimana saya nak berjaya macam Tuan Moshed?”

Soalan yang berkisar pada “kejayaan” ini sebenarnya soalan paling susah untuk jawab. Pada saya, bagaimanakah mungkin definisi kejayaan kita adalah sama? Saya mungkin rasa “kejayaan” tu masih lagi jauh untuk dicapai. Walaupun saya sudah berada pada tahap sekarang.

Mungkin bagi yang bertanya, merasakan “tahap ini” sudah cukup digelarkan berjaya.

Setiap orang mesti ada definisi kejayaan dia sendiri. Anda mesti ada matlamat dan target, apakah definisi kejayaan anda.

Kerap kali saya balas soalan tersebut dengan,” Hah, berjaya? Macam ni dikira berjaya ke?” Dan yang bertanya akan membuat muka hairan.

Macam pernah saya cakap berulang kali sebelum ini. Ada orang jadi trader, just untuk cover duit komitmen kereta atau rumah setiap bulan. Ada orang, just untuk ada sedikit side income, untuk enjoy pergi melancong. Ada orang target untuk setelkan perbelanjaan dapur rumah. Semua berbeza-beza.

Ada orang cita-citanya menjadi “jutawan” dalam bidang ini.

Mungkin yang target untuk cover barang dapur setiap bulan dah rasa berjaya, sebab dapat bantu ringankan beban keluarga.

Haa, nampak tak? Kan berbeza definisi dan target setiap seorang. Yang penting sebagai seorang trader, anda perlu tahu apakah target iaitu “destinasi” yang anda ingin tuju. Tak mungkin anda dapat sampai ke sesuatu tempat tu jika anda tak tahu anda nak pergi mana kan? Sama juga dalam bidang ini.

Apakah target dan definisi kejayaan anda?

Dah fikir? Kalau belum tahu, saya nak anda ambil kertas kosong, dan senaraikan “TAHAP KEJAYAAN YAND DIIMPIKAN ANDA”. Kertas tu lekat pada dinding depan meja trading anda ya.

Dalam apa jua yang anda usahakan setiap hari, anda mesti ada definisi kejayaan anda sendiri. Jangan terikut-ikut dengan orang.

Macam saya, dalam bidang trading mungkin ada tahap yang saya sudah berpuas hati, tetapi dalam bidang sebagai seorang entrepreneur masih banyak lagi yang saya perlu usaha. Semua ini saya ada juga kongsikan di FB Personal page saya di sini. (jangan lupa like juga ya)

Apa-apa pun, perjalanan saya masih jauh untuk berjaya walaupun sudah berada pada “tahap ini”. Saya doakan kita semua berjaya ya!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat