Fed Naikkan Kadar 0.75%, EUR/USD Junam Ke Paras Terendah Baru Lagi!

171

US dolar pamer pengukuhan nilai selepas reaksi positif keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi susulan kenaikan kadar faedah 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) untuk kali ketiga berturut-turut menepati ramalan pasaran.

Seperti yang dijangkakan, Fed yang meneruskan langkah pengetatan dasar monetarinya telah mendorong pengukuhan terhadap US dolar sekaligus memberi tekanan kepada mata wang utama yang lain.

Pengerusi Fed, Jerome Powell juga bernada hawkish dalam kenyataan susulan memberi isyarat kenaikan kadar akan berterusan sehingga 2024 dan tidak berlaku penurunan kadar sepanjang tahun hadapan.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah merekodkan paras terendah terbaru 20 tahun lagi setelah pengukuhan yang dipaparkan US dolar.

Mata wang Euro bakal menerima nasib yang buruk buat ketika ini dan terpaksa bertahan dengan dominasi US dolar.

Harga pada carta dilihat telah menyambung penurunan lebih rendah sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini, melepasi paras sokongan sebelum ini pada 0.98800.

Penurunan harga pada sesi Asia dilihat berlegar di paras terendah baru sekitar 0.98000 yang dinilai sebagai zon support sasaran harga.

Namun dengan momentum yang dipaparkan selepas keputusan mesyuarat, harga dilihat lebih cenderung untuk menyambung penurunan lebih rendah lagi dan terus memecah rekod terendah terbaru sejak 2002.

Sasaran lebih rendah harga berkemungkinan boleh mencecah sehingga sekitar 0.97000 atau 0.96000 jika US dolar mengekalkan prestasi cemerlangnya.

Namun, jika sebaliknya berlaku lantunan semula harga, kenaikan awal dilihat akan menguji rintangan pada 0.98800 pada zon SBR (support become resistance).

Dan sekiranya terdapat petunjuk perubahan trend bullish semula, harga boleh mensasarkan peningkatan menuju ke paras pariti 1.0000 kembali.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat