Fed Sudah Ketinggalan Dalam Perangi Inflasi- James Bullard

315

Penggubal dasar Federal Reserve (Fed), James Bullard mengatakan bahawa bank pusat itu ketinggalan dalam usahanya untuk menentang inflasi dan perlu menaikkan kadar faedah dengan ketara.

Bullard, yang juga merupakan salah seorang penggubal dasar Fed yang hawkish memberitahu bahawa bank pusat perlu meningkatkan kadar kepada kira-kira 3.5% akhir tahun ini.

Kenaikan yang diterangkan adalah lebih pantas daripada yang dicadangkan oleh Bullar pada mesyuarat polisi FOMC bulan Mac, yang menyaksikan kadar faedah mencapai 3.25% menjelang akhir tahun.

Minit mesyuarat edisi Mac juga menunjukkan kebanyakan penggubal dasar bersedia untuk peningkatan sebanyak 50 mata asas pada setiap pertemuan polisi yang akan datang.

Bank pusat AS seterusnya akan bertemu pada 3-4 Mei, dan peningkatan sebanyak 50 mata asas pada sesi itu dijangkakan secara meluas.

Data inflasi yang akan dikeluarkan pada minggu depan pula dijangka menunjukkan harga pengguna pada bulan Mac terus meningkat ketara, dengan unjuran kenaikan sekitar 8% atau lebih tinggi di tengah-tengah lonjakan harga petrol akibat tercetusnya perang di Ukraine.

Sementara itu secara berasingan, penggubal dasar Charles Evans dan Raphael Bostic menggesa agar berhati-hati berhubung langkah bank pusat itu berubah ke arah dasar monetari neutral lebih cepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat