FOMC Kekal Polisi, Dolar Tertekan USDJPY Jatuh 130 Pip

78

US dolar jatuh dalam sesi Asia pada Khamis apabila The Fed mengekalkan kadarnya dalam pengumuman polisi pukul 2 pagi tadi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain jatuh sehingga 0.65% kepada 93.25 setakat pukul 5 pagi Khamis.

USDJPY setakat pukul 9.45 pagi telah jatuh sehingga hampir 130 pip kepada 110.99, mankala AUDUSD naik sehingga 100 pip setakat ini.

Dalam pengumuman polisi The Fed, FOMC mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di paras 1.25% dan juga mengatakan akan mula membuat normalisasi kepada pegangan aset yang berjumlah $4.5 trillion dalam masa terdekat.

Polisi monetari akan terus memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pasaran walaupun sebelum ini banyak terganggu oleh risiko politik.

Dalam kenyataan awal yang dikeluarkan, terdapat kebimbangan kepada pembuat polisi terhadap data inflasi yang semakin perlahan yang masih lagi berada di bawah sasaran 2% bank pusat.

“Anggaran kepada inflasi masih lagi rendah; anggaran berasaskan tinjauan dalam jangka panjang terhadap jangkaan inflasi tidak banyak berubah, tetapi seimbang,” seperti yang dinyatakan dalam kenyataan.

The Fed juga menyatakan kadar faedah dijangka kekal rendah dalam beberapa tempoh, dan menegaskan kenaikan dalam kadar faedah akan bergantung kepada data-data ekonomi di masa hadapan.

US dolar dilihat tertekan seleps laporan pukul 2 pagi tadi. Ini juga menambah ketidaktentuan dalam perancangan kenaikan kadar faedah Fed di masa hadapan. Oleh itu, data-data di masa hadapan adalah penting dalam mencorakkan pergerakan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat