Gap Besar Pasaran Forex! Le Pen Dan Macron Ke Pusingan Kedua

102

Matawang Euro melonjak berbanding US dolar selepas pengiraan awal undi pada pilihanraya pusingan pertama Perancis menunjukkan Emmanuel Macron dan Le Pen di landasan yang betul bagi pertemuan satu lawan satu dalam pilihanraya pusingan kedua bulan depan.

Ini sememangnya senario yang telah dijangka oleh pasaran sebelum ini, di mana kedua-dua calon telah mendahului tinjauan-tinjauan pendapat yang dibuat selama beberapa bulan lepas.

Pasangan matawang Eur/Usd menguat sebanyak 1.9 peratus dalam dagangan awal di Auckland yang mencapai paras 1.0933 bersamaan kenaikan lebih dari 200 pip.

Bermakna kita akan melihat gap ke atas bagi pasangan matawang Eur/Usd dan tidak lupa juga kepada pasangan matawang yang melibatkan matawang Euro seperti Eur/Gbp, Eur/Jpy dan lain-lain.

Jadi kenapa agaknya Euro menguat? Hal ini kerana Macron yang terpilih sebagai calah seorang calon di pusingan kedua akan mengelakkan kebimbangan pelabur terhadap senario persaingan antara Le Pen (anti-EU) dan Melenchon (Komunis) yang akan memberi risiko kepada pasaran Eropah.

“Keputusan hari ini adalah senario yang sempurna bagi pasaran,” kata Sebastian Galy, penganalisis di Deustche Bank AG New York.

Dari perspektif pasaran, matawang Euro sudah tentu mendapat banyak kerugian jika Le Pen dan Melenchon terpilih ke pusingan kedua di mana senario ini sebenarnya telah mengesahkan ketidakstabilan politik Perancis siapa pun yang menang antara mereka.

Paling baik bagi pasaran Eropah adalah jika Macron dan Fillon terpilih dan ia akan menentukan kestabilan politik di negara Perancis sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.

Dalam konteks ini, senario yang terjadi hari ini tidaklah begitu ekstrim di mana Macron berjaya ke pusingan kedua sekaligus memberi kelegaan kepada pasaran dan politik Eropah.

Untuk rekod, pilihanraya pusingan kedua antara Le Pen dan Emmanuel Macron akan berlangsung pada 7 Mei 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat