GBP/USD Akan Cuba Untuk Atasi Paras Ketinggian Minggu Lalu?

389

Pound Sterling pamerkan prestasi dagangan yang baik pada minggu lalu disokong oleh keyakinan pelabur terhadap jangkaan pemulihan ekonomi di UK.

Angka jangkitan virus semakin menurun dibendung oleh program vaksinasi yang dipergiatkan. Dilaporkan lebih 5 juta rakyat UK telah menerima dos kedua vaksin yang melibatkan sekitar 10% populasi negara mereka.

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD telah memaparkan kenaikan positif selepas harga melepasi paras 1.38000 yang turut didorong oleh penyusutan US dolar dalam pasaran.

Menjelang laporan data pekerjaan NFP minggu lalu, US dolar telah bergerak susut dipengaruhi oleh penurunan ketara pada hasil perbendaharaan 10-tahun- Amerika Syarikat (AS).

Namun selepas mencatat paras ketinggian 1.38500 di awal sesi Eropah pada Jumaat, harga ditekan lebih rendah semula susulan bacaa yang baik pada laporan pekerjaan NFP AS.

Penurunan harga walau bagaimanapun masih disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang kekal memberi isyarat untuk trend bullish.

Pergerakan harga perlahan pada sesi Asia dan Eropah hari ini dengan kebanyakan bank-bank masih ditutup sempena Easter Holiday. Sesi New York akan menjangkakan pergerakan harga yang lebih agresif.

Sekiranya harga membuat kenaikan lebih tinggi berbanding minggu lalu, rintangan awal pada 1.38700 perlu ditembusi sebelum harga meneruskan pendakian menuju zon 1.4000.

Namun jika harga menjunam lebih rendah, paras 1.37000 akan menjadi zon support buat harga sebelum penurunan lebih rendah akan menuju ke paras 1.36000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat