GBP/USD Mendatar, Bakal Ada Kejutan Terhadap Pergerakan Harga?

509

Matawang Pound Sterling didagangkan berisiko pada minggu ini sementara pelabur terus mengikuti perkembangan Brexit yang terus menimbulkan kebimbangan dalam pasaran.

Terkini, tarkih akhir Brexit telah disahkan dilanjutkan sehingga 31 Januari 2020 di mana tarikh asal pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) adalah dijadualkan pada Jumaat ini.

Undian parlimen masih kekal ditolak menentang Perdana Menteri UK Boris Johnson. Beliau kini mahu mengadakan pilihan raya umum lebih awal setelah penangguhan Brexit dipersetujui EU.

PM Johnson dilihat berdepan masalah untuk mendapatkan sokongan majoriti di parlimen dengan ditentang oleh Parti Buruh khususnya yang menentang no-deal Brexit.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga bergerak mendatar sejak semalam dengan pelabur yang kekal berhati-hati mendapatkan arah yang lebih jelas untuk isu Brexit.

Harga yang dilihat bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan pergerakan perlahan sejak awal sesi Asia bermula sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah hari ini.

Kenaikan harga dilihat bakal menuju ke zon resistance sekitar paras 1.3000 jika perkembangan Brexit memberikan laporan yang positif.

Namun jika nilai matawang GBP menyusut, harga bakal membuat penurunan menguji paras support pada 1.27800 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Harga yang berjaya meneruskan penurunan melepasi zon RBS tersebut bakal menuju pula ke paras 1.27000 iaitu zon RBS lebih rendah yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat