GBP/USD Mendatar Di Awal Minggu Selepas Terjunan 200 Pips Harga

106

Mata wang Pound merosot parah pada dagangan penghujung minggu lalu selepas Bank of England (BOE) memberi isyarat untuk menghentikan pengetatan dasar monetari mereka selepas menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat terbaru.

Sementara US dolar yang melemah sebentar ketika keputusan mesyuarat FOMC akhirnya berjaya menutup dagangan minggu lalu dengan kukuh berikutan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan mengejutkan dengan angka yang memberangsangkan.

Justeru, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah menunjukkan corak penurunan bersambung pada dagangan pembukaan awal minggu ini.

Pada Jumaat, penurunan harian dicatatkan hingga 200 pips, namun pada Isnin semalam momentum kembali perlahan dengan pergerakan harga hanya dalam julat 70 pips sahaja.

Setelah jatuh sehingga melepasi paras 1.21000 minggu lalu, harga susut lebih rendah semalam dan berlegar di atas zon sokongan harga 1.2000.

Walaupun sedikit kenaikan dipaparkan pada sesi Asia pagi ini (Selasa), namun harga masih kekal bergerak dalam trend bearish di mana harga berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Penurunan lebih lanjut akan dijangkakan untuk harga melepasi zon 1.2000 meneruskan corak penurunan minggu lalu dan menuju beberapa paras tumpuan sebelum ini.

Paras sekitar 1.19400 bakal diuji sebelum harga menyambung penurunan menuju pula support sekitar 1.18800.

Namun jika berlaku lonjakan semula, harga yang melepasi paras 1.21000 dan juga halangan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend semula.

Kenaikan bakal diteruskan menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1.22000 dan berpotensi meningkat lebih tinggi kembali.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat