GBP/USD Terjun 200 Pips, Lantun Semula 100 Pips Di Penghujung Minggu

198

Dagangan sesi New York pada penghujung minggu lalu (Jumaat) menyaksikan US dolar gagal mengekalkan momentum pengukuhan didorong oleh jangkaan situasi pengambilan untung (profit taking) oleh para pelabur membuatkan US dolar melemah semula.

Penyusutan US dolar itu juga turut menyusuli terbitan data PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang mencatatkan angka yang lebih rendah berbanding ramalan.

Menurut Chris Williamson, Ketua Pakar Ekonomi Perniagaan di S&P Global Market Intelligence, tinjauan data PMI bulan Jun yang lemah mengisyaratkan bahawa sektor perkilangan secara tidak langsung memberi kesan kepada GDP menjelang musim panas mendatang.

Selain itu, jangkaan perniagaan, aliran masuk pesanan baharu, kerja tertunggak dan pembelian input yang juga merosot menandakan berlakunya risiko kemelesetan dalam industri.

Sementara perkembangan di Eropah, pelabur masih lagi berwaspada terhadap kebimbangan isu Brexit yang berlarutan  atas tindakan United Kingdom (UK) yang ingin mengubah protokol Ireland Utara, namun ditentang oleh Kesatuan Eropah (EU).

Justeru, mata wang Pound kekal didagangkan merosot sehingga ke penghujung minggu lalu mencatatkan paras terendah terbaru berbanding US dolar.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada penghujung minggu lalu menyaksikan penurunan harga sekitar 200 pips melepasi paras sokongan pada 1.21000.

Penurunan ketara tersebut telah mencecah ke paras jangkaan pada 1.2000 yang bertindak sebagai sokongan buat harga apabila harga telah melantun semula setelah menguji paras tersebut.

Harga yang melantun semula telah pamerkan kenaikan lebih 100 pips mencapai semula ke paras 1.21000 yang kini menjadi rintangan buat dagangan harga yang bersambung ke sesi Asia pembukaan pasaran minggu ini.

Harga walau bagaimanapun dilihat masih tidak berjaya melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi petunjuk bahawa harga masih bergerak dalam trend bearish, namun pelabur berwaspada dengan lonjakan ketara semula harga yang berlaku.

Sekiranya harga menyambung semula penurunan lanjut, dilihat zon support 1.20000 harga bakal diuji semul sebelum harga yang meneruskan penurunan pada trend bearish seterusnya bakal menuju pula ke paras 1.19400 yang pernah dicecah harga pada dagangan pertengahan Jun lalu.

Sebaliknya jika berlaku kenaikan semula harga, rintangan pada zon 1.21000 bakal menjadi tumpuan harga untuk diuji sebelum harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi dan melepasi halangan MA50 akan berikan petunjuk pergerakan bullish semula.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan dijangka bakal menuju ke paras tumpuan sebelum ini pada 1.22000 yang diuji pada penghujung minggu lalu namun gagal ditembusi.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat