GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mei 2016

52

Pound Dollar terus merudum Jumaat lalu, jatuh lebih 125 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4340, sebelum menutup sekitar paras $1.4380; setelah kebimbangan terhadap isu ‘Brexit’ kembali terkesan dari komen beberapa pegawai Bank of England selepas daripada keputusan kadar UK pada hari Khamis.  Pada masa yang sama, Dollar yang terus kukuh terkesan dari laporan jualan runcit dan sentimen pengguna AS yang lebih baik, menyebabkan kadar tukaran GBP/USD turun.

Di pasaran UK, pembuat dasar Bank of England Encik Martin Weale memberi amaran tentang ketidaktentuan keputusan referendum ‘Brexit’ pada 23 Jun ini.  Dalam kenyataan selepas keputusan kadar pada hari Khamis, Bank of England telah mengurangkan unjuran pertumbuhan GDP bagi 2016 kepada 2% dari 2.2% pada sebelumnya, tetapi mengakui anggarannya mungkin terjejas dengan undi Brexit.  Pada masa yang sama, sebagai sebahagian daripada laporan inflasi suku tahunan, BoE menurunkan unjuran GDP bagi 2017 kepada 2,2% dari 2.3%, dan untuk 2018 kepada 2.2% daripada 2.4%.

Pengiraan laporan tersebut dibuat berdasarkan andaian bahawa UK akan mengundi untuk kekal sebagai ahli Kesatuan Eropah pada referendum 23 Jun ini, dengan unjuran GDP yang malap bagi mencerminkan pandangan bahawa produktiviti dan potensi bekalan yang telah merosot. Walaupun unjuran pertumbuhan yang lebih lemah, prospek inflasi harga pengguna (CPI) tidak berubah pada 0.4% untuk 2016, diturunkan kepada 1.5% untuk tahun depan daripada unjuran 1.6% sebelumnya, dan dikekalkan pada 2.1% untuk tahun 2018.

Bank Pusat England, dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 11 Mei lalu, telah menyaksikan undian sebulat suara untuk mengekalkan kadar dan pembelian aset BoE, sambil memberi kenyataan bahawa GDP berkemungkinan akan jatuh kembali pada suku kedua 2016, kerana ketidaktentuan menjelang referendum yang memberati perbelanjaan syarikat dan isi rumah.  Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan terbarunya juga memberi amaran tentang kesan buruk keluarnya UK dari Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat