GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Oct 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar yang melonjak lebih 60 pips sepanjang sesi Eropah Rabu semalam, jatuh semula lebih 65 pips pada lewat petang New York, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5410 sebelum menutup sekitar 1.5415; setelah pinjaman awam UK dilaporkan menurun kepada £8.6 bilion berbanding jangkaan £9.1 bilion dan £10.8 bilion pada sebelumnya.

Para pedagang Sterling akan mula memberikan perhatian kepada pengakuan Gabenor Bank of England Mark Carney kepada penggubal undang-undang pada Selasa minggu depan; sama ada beliau akan mengulangi pendiriannya bahawa kadar di Britain boleh meningkat sama ada Federal Reserve menaikkan kadar atau tidak.  Ian McCafferty pula, seorang pembuat dasar dan juga pengundi untuk kenaikan kadar, dijadualkan untuk berucap di Bloomberg.

[adrotate group=”6″]

Hari ini UK bakal melaporkan angka jualan runcit bulanan yang dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.3%, disamping ucapan Timbalan Gabenor Bank of England Encik Jon Cunliffe di Persidangan Perbankan Antarabangsa London; manakala AS pula akan melaporkan angka tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka meningkat dari 255 ribu pemohon kepada 266 ribu, disamping jualan rumah yang dijangka meningkat dari 5.31 juta unit kepada 5.38 juta unit.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat