GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 April 2016

27

Pound Dollar terus susut Khamis semalam, lebih 100 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4048 sebelum menutup sekitar paras $1.4055; walaupun angka indeks perumahan Halifax UK mencatatkan kenaikan yang jauh lebih besar dari jangkaan, sebanyak 2.6% berbanding 0.8%, dan -1.5% pada sebelumnya.  Kegusaran pasaran terhadap isu Brexit masih menguasai dagangan Pound secara meluas.

Di pasaran UK semalam, Agensi pungutan suara IG berkata “EU Referendum Barometer” mereka telah mencadangkan peluang sebanyak 35.5% untuk Brexit, yang tertinggi sejak barometer itu dilancarkan enam minggu lalu. “Referendum ini semakin hampir dan undian pendapat masih menunjukkan bahawa ia boleh pergi dua hala.” menurut strategis matawang Rabobank Jane Foley.

[adrotate group=”6″]

Seandainya UK keluar dari Kesatuan Eropah, ini boleh menjejaskan 5% dari GDP UK dan aliran modal dari pelabur asing yang sangat diperlukan Britain untuk menyokong akaun semasanya.  Hari ini UK bakal melaporkan produksi sektor pembuatan yang dijangka jatuh dari 0.7% kepada 0.2% di bawah sifar. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat