Gerun! India Catat 90,802 Jangkitan Dalam Tempoh 24 Jam

509

Ketika dunia memberi tumpuan terhadap rekod jangkitan kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS), India tampil menjadi negara kedua kes jangkitan terbanyak dengan rekod 4,208,645 kes.

Lebih membimbangkan lagi, laporan menunjukkan hanya dalam tempoh 24 jam, India berhadapan dengan lonjakan kes sebanyak 90,802 jangkitan dan 6,083 kematian baru.

Rekod yang dicatat membawa negara itu melepasi rekod Brazil iaitu 4,137,606 kes jangkitan dan 126,686 kematian.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Brazil merupakan negara kedua yang memiliki kes tertinggi jangkitan koronavirus, diikuti India.

Sebenarnya India sudah hampir sebulan berhadapan dengan lonjakan besar jangkitan COVID-19. Pada bulan lepas sahaja sebanyak dua juta kes koronavirus direkod dengan pemerhatian wabak tersebut mula menular di kawasan perkampungan dan desa.

Namun, pihak pemerintahan India nampaknya tidak mengendahkan status kesihatan rakyat tanpa sebarang tindakan kawalan pergerakan dan tetap meneruskan aktiviti pembangunan ekonomi.

Keretapi transit terbesar India, Delhi Metro misalnya telah mula beroperasi pada Isnin setelah lima bulan dihentikan perkhidmatan kerana pandemik. Dianggarkan pengangkutan tersebut dapat menampung 2.6 juta penumpang sehari.

Walaupun prosedur operasi standard (SOP) dikenakan bagi setiap penumpang, seperti diwajibkan memakai sarung muka, mengamalkan jarak dan pemeriksaan suhu, kes jangkitan tetap meningkat dan tiada tanda untuk menurun.

Melalui pembukaan semula ekonomi India ketika rekod wabak koronavirus mencanak, telah membawa ekonomi negara itu susut lebih cepat berbanding negara besar yang lain.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat