Giliran Jepun Bersuara Mengenai Hubungan Perdagangan Jepun Dengan Amerika Syarikat

562

Menteri Kewangan Taro Aso berkata pada hari Jumaat bahawa Jepun harus mengelak daripada terlibat dengan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat bagi memperbetulkan ketidakseimbangan atau jurang perdagangan.

Kebimbangan perang perdagangan yang telah dicetuskan pada awal bulan ini ketika pentadbiran A.S. Presiden Trump mengenakan tariff ke atas import keluli dan aluminium dan merancangan untuk mengenakan tariff sehingga $60 bilion import dari negara China.

Rundingan Jepun dan Amerika Syarikat belum mencapai persetujuan terutuma tentang bagaimana perdagangan pada masa akan datang dikendalikan. Tokyo menolak perlawaan US untuk berunding berkenaan free trade agreement (FTA). Hal ini akan menyebabkan Jepun terpaksa membuka pasaran pertanian.

Aso, yang mengetuai deligasi Tokyo untuk dialog ekonomi A.S dan Jepun, berkata Jepun menyokong dan mendukung trend global yang mempromosikan perdagangan pelbagai hala.

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TPPA) yang ditandatangani baru-baru telah menunjukkan perkemabangan yang memberangsangkan walaupun tanpa penglibatan Amerika Syarikat. Kata Aso

Tambahan Aso, “Kami mahu mengelak daripada terlibat dalam perjanjian dua hala”.

Jepun kini sedang mendesak untuk mendapat pengecualian daripada pengenaan tarif A.S. keatas barangn import keluli dan aluminium.

Dalam masa yang sama, Jepun berpendapat bahawa defisit perdagangan A.S. harus ditangani oleh rakan perdagangan global secara keseluruhan, bukan hanya melibatkan kerja dua hala, kata Aso.

Amerika Syarikat telah bersetuju dengan Korea Selatan untuk menyemak semula perjanjian perdagangan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat