GOLD Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

41

Harga emas melonjak lebih $10.40/oz Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,235.95/oz sebelum menutup sekitar paras $1,234.25/oz; setelah Dollar kehilangan sokongan belian apabila sentimen pengguna AS dilaporkan meleset dari jangkaan.  Pada masa yang sama, trader emas yang masih tidak memasuki pasaran ekoran ketidaktentuan dari rundingan kerjasama OPEC ahad semalam, mengekang kenaikan harga ke paras yang lebih tinggi.

Di pasaran AS, terdapat komen-komen yang agak ‘dovish’ dari presiden Feds Atlanta Encik Lockhart yang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyokong peningkatan kadar pada April, kerana keraguan terhadap perbelanjaan pengguna dan keperluan untuk pacuan yang lebih terhadap inflasi. Dollar bergerak lebih rendah berikutan komen tersebut, tetapi emas masih bergelut untuk memperolehi apa-apa sokongan belian.

[adrotate group=”6″]

Mining.com melaporkan bahawa emas kini dihukum kerana kemungkinan kenaikan kadar oleh Federal Reserve AS telah diletakkan semula di atas jadual, berikutan data pekerjaan terbaik daripada Amerika Syarikat dalam masa lebih sedekad. Trader di pasaran hadapan emas di New York, mengurangkan harga emas untuk penghantaran bulan Jun, kontrak yang paling aktif, ke paras $1,225.40/oz dalam dagangan lewat petang, turun 1.8% atau hampir $23/oz daripada harga penutup pada Khamis. Emas mencecah paras tertinggi dalam masa 13 bulan, sekitar $1,274/oz pada 10 Mac lalu dan kekal stabil dengan kenaikan hampir 15.6% sehingga kini.

Dalam pada itu, data menunjukkan bahawa tuntutan pengangguran AS susut kepada 253 ribu pemohon. Angka tersebut jelas lebih baik daripada 600 ribu yang dicapai pada kemuncak krisis kewangan global pada 2008 dan paras yang paling rendah sejak 1973. Bacaan tersebut menguatkan kedudukan penyokong kenaikan kadar dalam FOMC yang menaikkan ramalan untuk kenaikan pada bulan Disember ini kepada 57%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat