GOLD Analisa Fundamental Harian 6 Jan 2016

37

moshedfx-forex-malaysia-gold-002

Harga emas melonjak untuk hari kedua Selasa semalam, lebih $9.30/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,081.85/oz sebelum menutup sekitar paras $1,077.35/oz; setelah kebimbangan baru mengenai pertumbuhan global meningkatkan permintaan bagi aset yang lebih selamat. Emas menerima rangsangan lain selepas data menunjukkan bahawa aktiviti pembuatan di Amerika Syarikat dan China, dua ekonomi terbesar dunia, kedua-dua menguncup bulan lepas, menyebabkan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global.

Dalam pada itu, Bank Rakyat China diberitakan membanjiri sistem perbankannya dengan 130 bilion yuan, atau $19.95 bilion, sekaligus menandakan suntikan wang tunai terbesar sejak September. Langkah itu datang sehari selepas terjunan 7% dalam pasaran saham China, yang menggegarkan pasaran kewangan global dan menghidupkan semula kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi di negara itu.

[adrotate group=”6″]

Kadar yang lebih tinggi menjejaskan permintaan untuk emas di samping menyokong Dollar. Dalam mencerminkan penurunan harga aset dan sentimen pelabur, pegangan emas untuk SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas, jatuh 0.18% kepada 642.37 tan pada Khamis lalu, berhampiran dengan paras tujuh tahun terendah. Namun, logam berharga ini bangkit bersama-sama dengan minyak, naik 2.4%, selepas Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran apabila penunjuk perasaan Iran menyerbu kedutaannya di Tehran.

“Pemandu utama harga ketika ini ialah ketegangan antara Arab Saudi dan Iran, dan konflik yang semakin meningkat antara kedua-dua negara,” menurut penganalisis Commerzbank Daniel Briesemann.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat